Ehemm..ehemm Sakit Tekak
Hi semua...assalamualaikum…
Esok dah mula berpuasa. Selamat berterawih..meriahkan Ramadhan kita kali ini dengan amalan yea. Sebab tak tentu lagi tahun depan kita boleh jumpa Ramadhan lagi kan.
Puasa, umumnya menahan lapar dan dahaga. Perit.. sakit tekak bila dahaga kan. Paling menakutkan bila kita nie selalu sakit tekak dan the worse is tonsil mula bengkak. Eh akak pun selalu kena tambah lagi akak nie kaki karaoke kan..hahaha. Jangan takut...dan jangan risau, semua tu bukannye alasan untuk kita tidak meneruskan ibadah. Jom kita sama-sama kaji ape itu Tonsil?
Tonsil adalah suatu kesan apabila tisu Tonsil dan Adenoids dijangkiti dan disebabkan oleh sejenis virus iaitu Influenza dan bakteria Streptococcal. Tonsil dan adenoids merupakan wira pertama dalam sistem limfatik di dalam badan manusia. Ia berfungsi memerangkap kuman, bakteri dan patogen yang memasuki ruang mulut dan ruang hidung. Pesakit dewasa dan pesakit kanak-kanak menunjukkan simptom yang berbeza.
Simptom pesakit biasanya akan mengalami kesakitan tekak di mana kepayahan apabila menelan makan yang melalui kerongkong. Ini adalah akibat daripada kesan daripada keradangan di tisu tonsil dan adenoids. Tonsillitis yang mulanya dengan sakit tekak dan demam jika dibiarkan akan menyebabkan komplikasi yang serius.
Kesakitan itu bukan terhenti begitu sahaja malahan pesakit akan mengalami demam, merah di kawasan tonsil, bengkak sekitar leher dan belakang telinga, nafas berbau, hilang selera makan dan mungkin berupaya mengeluarkan kahak yang bercampur darah. Bagi kanak-kanak mereka cenderung menunjukkan nausea yang cenderung muntah selepas makan atau minum. Lain-lain simpton juga terjadi seperti yang di alami oleh pesakit dewasa.
Bagaimana ia terjadi? Melalui ruang udara, pernafasan adalah medium utama. Apabila donor utama bersin atau pun batuk ia akan menyebarkan virus dan bakteria ini. Selain daripada itu melalui air liur. Awas jika anda berkongsi dengan kawan atau pasangan yang mengalami tonsil, anda juga mungkin akan menghidapinya. Ini adalah kerana saliva atau air liur pesakit merupakan medium utama yang akan menyebabkan jangkitan.
Semasa pesakit mengalami keradangan, elakkan bercium mulut. Tunggu hingga tempuh radang pulih semula dan sabar banyak lagi cara untuk mengekpresi perasaan anda. Memakai face mask dapat membantu fungsi hidung menapis udara yang disedut. Selain daripada itu menggunakan penapis udara di dalam kawasan kediaman dapat membantu anda yang sensitif atau penghidap sinus.
Pembentukan tonsil stones atau ketulan putih, kuning dan kelabu akan membuatkan tisu tonsil semakin parah. Batu tonsil ini terbentuk daripada hasil serpihan bahan buangan seperti sel mati, mukus, air liur dan makanan yang terperangkap di dalam poket tisu tonsil. Dalam kesan jangka masa panjang ketulan ini mengeras dan menyebabkan terjadinya batu tonsil di poket tonsil.
Pengumpulan bahan buangan ini akan menyebabkan bau mulut yang busuk. Amalan kebersihan gigi dan mulut dari awal dapat menyelamatkan keadaan. Seharusnya pesakit atau individu mempraktikkan menggosok gigi, menggosok lidah dan berkumur ludah dengan air garam atau Listerine dapat mencegah tonsil dari terjadi. Lidah boleh digosok menggunakan berus gigi atau penggosok lidah.
Terdapat pelbagai alternatif rawatan tonsillitis nie. Dari petua hingga la ke rawatan pembedahan. Tapi ingat, cegah sebelum parah. Kenapa akak cakap gini? Sebab terjadinya tonsil ini merupakan tanda terjadinya sesuatu pada badan. Ini adalah tanda. Sekiranya tanda itu ‘dibuang’ maka dah takde amaran sebagai peringatan kepada kita. Tapi sekiranya sel tonsil itu telah dijangkiti bahagian itu tidak lagi boleh diselamatkan...maka wajiblah dilakukan pembedahan Tonsillectomy dan/atau Adenoidectomy.
Jadi sekiranya badan anda merasa panas, tekak sakit dan leher bawah rahang mula membengkak anda mungkin mangsa tonsil. Kesakitan ini lebih ketara bila anda kurang selera makan dan ketika makan terasa sakit di belakang telinga dan perit ketika nak menelan makanan. Ketahui langkah pencegahan dan rawatan agar juadah berbuka terasa lazat di entri seterusnya. Tips rawatan dan lagi tentang tonsil.
Selamat berpuasa dan salam sayang untuk semua dari kak Azza.
babe...dedikasi khas utk Marissa sebenarnye..jgn lupa baca tips dia yea..klik diruangan highlight kuning.
ReplyDeletebabe...dedikasi khas utk Marissa sebenarnye..jgn lupa baca tips dia yea..klik diruangan highlight kuning.
ReplyDelete