Sakit Belakang Lenguh Badan


Adoiii...erk...

Itulah keluhan yang sering kita keluarkan setiap kali nak bangun dari katil, kerusi atau cubaan untuk menaikkan bahagian pinggang ke atas badan.



Keadaan sebegitu berterusan berkali-kali setiap kali selepas anda beraktiviti aktif atau melakukan kerja-kerja berat.

Ada banyak kemungkinan yang berlaku kesakitan belakang atau lenguh-lenguh badan setelah aktiviti aktif.

Di antara sebab-sebabnya adalah :

1. Badan anda tak biasa
Anda mungkin jarang-jarang melakukan sesuatu aktiviti itu secara konsisten seperti aktiviti jungle tracking, berpindah rumah, bergotong royong, major cleaning rumah mahupun berbasikal melebihi 10km sebulan sekali 😅.




2. Tidak melakukan aktiviti regangan sebelum aktif.
▪ Aktiviti regangan penting untuk memanaskan otot-otot sebelum melakukan aktiviti aktif secara berterusan bagi mengelakkan kekejangan atau kecederaan otot.



3. Cara gerak kerja yang salah.
▪ Seringkali ia dikaitkan dengan perlakuan mengangkat barangan berat dengan cara yang betul.



4. Aktif berterusan dalam jangka masa yang panjang.
▪ Badan yang jarang beraktiviti, seharusnya mempunyai pecahan masa untuk berehat dalam untuk memberi badan sedikit rehat. Tekanan aktiviti aktif berterusan akan menyebabkan otot pecah/inflamasi dan luka. Ini akan menyebabkan kesukaran bergerak untuk beberapa hari.

5. Sejarah kecederaan
▪ Badan anda pernah mengalami kecederaan yang melibatkan tulang-tulang bahagian pinggang ke atas mahupun tulang pinggul.

6. Medium Berehat
▪ Penggunaan tilam dan bantal yang tidak sesuai dan tidak memberi sokongan
kepada tulang belakang dan leher secara baik.



7. Anda Gemuk
▪ Purata bilangan kadar selamat sistem rangka membawa badan manusia mengikut kadar BMI seseorang. Jika anda berada tahap obesiti, berkemungkinan besar jika anda bersenam secara bebasakan menyebabkan anda akan mencederakan sendi anda.


8. Kurang Nutrisi dan Nutrisi Tidak Sihat
▪ Pengamalan diet yang tidak seimbang dan tidak mengambil keperluan kalsium
secukupnya mengikut keperluan seharian.




▪ Seseorang dewasa sihat memerlukan sebanyak 1000mg kalsium untuk sehari.
Kadar ini berbeza mengikut keadaan individu.

9. Anda mengandung
▪ Ibu mengandung kerap kali mengalami sakit belakang dan lenguh-lenguh badan.



▪Bukan itu sahaja, malahan serangan kekejangan kaki kerap berlaku. Ini adalah kerana kekurangan kalsium terjadi kerana keperluan ibu mengandung adalah untuk dirinya dan untuk bayi yang dikandung.


Bagaimana merawat sakit belakang dan lenguh-lenguh badan.

Amalan berurut
Sinonim dengan amalan dalam masyarakat kita. Namun begitu urutan perlu mengikut kesesuaian jenis kesakitan yang dialami.




Rendaman Badan
Epsom salt adalah merupakan remedi yang popular untuk meringankan kesaķitan badan selepas beraktiviti. Garam gunung himalaya juga mempunyai kesan yang sama. Rendaman air suam ini tak lengkap jika tanpa titisan minyak aromaterapi seperti lavender, rose, ylang-ylang.




Memakai Pakaian Sokongan.
Pemakaian korset dapat membantu anda dalam mengekalkan postur badan yang betul dalam melakukan kerja-kerja. Dipercayai postur badan yang membongkok dan cara gerak kerja yang salah mengundang kesakitan belakang.





Mengamalkan supplement yang sesuai.
Kalsium terkenal untuk memberi sokongan badan dalam membentukan tulang dan mengekalkan densiti tulang yang sihat.Dalam memastikan penyerapan kalsium yang berkesan, gabungan mantap kalsium perlu ada unsur Vitamin D dan magnesium.

Ostematrix dari Shaklee mampu melengkapi keperluan kalsium harian anda.





Tahukah anda  lebih dari 50% komposisi tulang daripada unsur kolagen. Ya...amalkan pengambilan kolagen yang berkualiti tinggi dapat membantu mengekal kesihatan, kepadatan dan kekuatan tulang.

Collagen dari Shaklee terhasil daripada sisik ikan merah yang tinggal di laut dalam. Dengan habitat yang mempunyai kedalaman sejauh ...meter menunjukkan sisik ikan merah tahan lasak dan berkualiti tinggi. Selain daripada itu, laut dalam tidak tercemar dengan unsur seperti merkuri.
                

Jangan biarkan kesakitan membelenggu hidup anda untuk beraktiviti. Bebaskan diri dari segala pantang larang, pulihkan diri anda hari ini.

Baca juga :
Ostematrix Tonik Untuk Tulang

Shaklee Independent Distributor Azza Mohd






Comments

Popular posts from this blog

Mata Menggoda

B Complex Shaklee