Toora Wind Farm - Wilson Promontory, Victoria, Australia. - Early Autumn

Ok...ini agak-agak speechless untuk di jadikan entry sebab, kadang kala suatu pandangan mata tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Even kita susun kata-kata seindah mana pun, mak aiii...tak boleh lawan dengan kecantikan yang di nikmati dengan mata. Syukur alhamdulillah.






Kak Azza sikit jakun kalau nampak pape first time. Call me jakun, i dont mind..hahaha sebab memang tak pernah nampak kan.. Sepanjang ke Agnes Falls memang dah ternampak pemandangan indah nie. Tapi first come first serve kan...Agnes Falls adalah yang terdekat sebelum sampai tempat nie.








Lagipun macam confuse nak cari kat mana kewujudan nye...jenuh mengekplore kawasan. Alhamdulillah...jumpa. Toora Wind Farm adalah salah satu lokasi stesen penjanaan tenaga elektrik di Selatan Gippsland, Victoria. Di sini terdapat 12 turbin angin untuk menjana elektrik keperluan di sini. Haaaa...flashback balik info zaman belajar dulu ek.
Ini turbin angin moden, bukan yang konvensional tu...kalau ade yang tu...akak cramp terus hahaha.





Setiap turbin angin di sini mampu menjanakan 1.75MW dan jumlah keseluruhan sebanyak 21MW kapasiti elektrik terhasil. Dengan kapasiti elektrik yang terjana mampu memberikan bekalan kepada 6,600 rumah di kawasan ini.



Ok..masa nak sampai sini, kitaorang laki bini, tak berhenti mengeluarkan ekspresi teruja korang. Alhamduillah. Sempat meneroka bumi indah ini dan menghayati kebesaran Allah.
Bila dah sampai...mula la aktiviti fotografi hahaha..Walaupun bateri agak sangap, tapi nasib baik merakam moment best nie.




Cantik kan. Kalau korang tersesat ke Victoria, lokasi dah bagi. Singgah-singgah la buat senaman muka (penuh ekspresi). Jalan-jalan cuci mata, tenangkan fikiran..elakkan tekanan bahagia dengan keluarga tersayang. Yang paling penting, bahagia demi pedulikan tanggapan negatif dari unsur yang tidak sihat tu kan...giteww…




















Comments

Popular posts from this blog

Sakit Belakang Lenguh Badan

Mata Menggoda

B Complex Shaklee