Tips Persiapan Untuk Solekan Mudah Selepas Solat.
Bersolek memberi seri pada pemakai. Tapi seringkali menjadi suatu isu dilema kepada kita kerana permasalahan utama adalah agak sukar untuk mencuci solekan dalam mengejar masa untuk menunaikan solat.
Usah gusar. Jangan terlalu memikirkan suatu perkara itu terlalu complicated. Kita permudahkan sesuatu yang payah. Fokuskan usaha beribadah dan bersolek sebagai wanita normal.
Ikuti beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda untuk tampil anggun tanpa perlu rasa gusar.
2. Pastikan anda sentiasa bawa uncang atau beg toiletries yang lengkap setiap masa di dalam beg sembahyang anda. Ini memudahkan anda untuk mencuci bersih sebelum berwudhu’ dan mengenakan semula solekan ringkas.
3. Dalam jarak masa terdekat seperti solat sunat Dhuha, Zohor dan Asar, skip penggunaan primer, kerana apabila anda menggunakan primer, agak payah untuk mencuci foundation dengan mudah. Hanya gantikan primer dengan light moisturiser bagi mengelakkan kulit kering di dalam air-cond nanti. Anda boleh menggunakan sebarang pelembab, bonus jika anda dapat menggunakan pelembap bersama perlindungan matahari.
4. Daripada menggunakan stick foundation, krim, cecair foundation ubah cara dengan hanya menggunakan tinted moisturiser dengan spf. Ia merupakan pelembab berwarna seperti liquid foundation. Cuma consistency nya agak ringan dan mudah di cuci. Anda juga boleh mengguna BB Cream dan CC Cream, cuma pastikan akan memakai primer atau moisturiser sebelum memakai dua jenis krim tersebut.
5. Elakkan penggunaan maskara kerana maskara agak leceh untuk dibersihkan. Jika anda memerlukan volume untuk solekan mata, cuba tukar dan masterkan penggunaan falsies. Pilih falsies yang lebih natural dengan band yang jernih.
6. Gunakan blusher natural yang dwifungsi. Anda boleh menjadikan ia blusher, eyeshadow dan bronzer sebagai contouring.
7. Cari eyeshadow pallette yang berwarna nude dan natural yang mana anda boleh memilih rona mata, pomade kening, highlighting dan countouring dalam 1 pallette yang ringkas.
8. Sentiasa bawa cermin kecil personal untuk memudahkan anda bersiap. Pemilihan pallette bersama cermin adalah bonus. Tempat semua keperluan di dalam uncang yang kecil dan selesa.
9. Cuba perbaiki ‘masa bertukang’ anda dari masa ke semasa. Practice makes perfect. Bila anda dah terbiasa dengan timing yang tertentu anda tidak lagi merasa beban untuk bersiap dan sentiasa tampil berseri.
10. Sentiasa top up semula miniature toiletries anda bagi mengelakkan kes terlupa dan menyukarkan proses pembersihan muka. Sekiranya anda malas, sediakan beberapa set yang telah di top up tanpa perlu isian semula.
Semoga tips ringkas yang diberikan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Dan semoga tiada lagi alasan untuk anda tampil cantik berseri dengan solekan. Beribadah bukan alasan untuk anda semua tampil pucat dan nampak selekeh.
Tampil dalam keadaan bersiap rapi juga bukan bererti untuk menarik perhatian orang lain, sekadar menghargai diri anda sendiri. Untuk kelihatan cantik, bukan paras rupa yang menjadi ukuran tetapi tahap kerajinan seseorang untuk tampil cantik dan kesungguhan individu terbabit.
Tampil dalam keadaan bersiap rapi juga bukan bererti untuk menarik perhatian orang lain, sekadar menghargai diri anda sendiri. Untuk kelihatan cantik, bukan paras rupa yang menjadi ukuran tetapi tahap kerajinan seseorang untuk tampil cantik dan kesungguhan individu terbabit.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete