Mount Buller - Alpine National Park, Victoria

Main salji????
Bukan orang Malaysia aje suka...bahkan semua orang. Mount Buller adalah yang terbaik di Victoria. Thats why kak Azza dan abang memilih untuk main salji kat sini. Walaupun agak jauh dari tempat tinggal akak..mak redho you 😍. 5jam kauuu...takpe, janji puas.






Masa musim lain Mount Buller menjadi pilihan mereka yang suka jungle tracking, berbasikal dan mereka minat dengan alam semulajadi. Bagi kak Azza dan abang, musim-musim lain kami tak pernah datang lagi, tapi kunjungan di musim salji satu kemestian!!

Apa fasiliti yang ade di sini? Macam-macam. Parking di sediakan, dan ade shuttle bas antara 1 jarak ke satu jarak. Banyak pit stop nye. Bas sentiasa ada, setiap 5 minit. So jangan risau anda parking kereta pasti ada shuttle bas yang membawa ke atas. Shuttle bas adalah free, tetapi ia adalah package dengan bayaran access tol dan parking. Tol di kenakan di pondok ranger semasa masuk ke Alpine National Park. Mereka akan bekalkan sticker pelekat di kereta sebagai access kita.



Di Mount Buller, kita perlu membeli B-TAG sama ada online www.mtbuller.com.au atau mana-mana Buller Sport Shop/Kiosk. Kami tidur di Mansfield, pekan ke dua sebelum sampai Mount Buller...selain daripada harga penginapan yang ok, ia membantu kami membuat pelbagai persiapan sebelum bertolak. Di antaranya :


  • B-TAG (Personal) - macam id untuk setiap orang, siap print nama kita lagi di belakang. Hehehe boleh la korang buat kenangan. Next time nak datang just activate di online. Mudahkan.



  • Wheel Chain - langkah keselamatan untuk tayar bergerak dalam salji tebal (elak licin).


  • Pakaian atau alatan extra untuk di sewa - jacket, pants, beanie, google, skies, skiboard









Sampai di Mount Buller, tarikan utama of coz skylift access unlimited. Ada pelbagai option untuk korang pilih. Dan of coz segalanya kena bayar...no money no honey. Harga sudah pasti di bawah lebih murah berbanding di destinasi. Jadi korang kalau nak pegi, study dan buat persiapan. WInter di Australia dari June - September, datang tengah or ujung bulan July..insha Allah salji dan tebal. Tapi puasa & Raya Aidilfitri la plak kan..








Kak Azza segala makneka dah beli. Termasuk la untuk Olaff...hehehe. Tapi untuk yang datang bercuti, menyewa pakaian dan alatan option yang baik. Dekat sini diaorg siap setting kan skies untuk kita lagi, yealah kena calibrate dulu before main kan.







Memang sejuk, suhu dah tentu-tentu mencecah negatif. Tapi kami rempuh aje. Ini la lumrah explore. Kena berani baru adventures.

Walaupun naik skylift best, kak Azza paling suka main toboggan. Hahaha enjoy sangat seihh...meh tengok video nih.

            


Walaupun kena menapak tinggi sebab nak meluncur...i dont mind. Best kan. Rugi tak meluncur.








Ini favourite picture kak Azza. Comeyyy kan baby nih. Dia pun nak main snow…




Setiap pengalaman baru memberi ilmu dan pengajaran buat kita. Regardless whether it is negative or positive ia masih buat kita belajar. Macam mana nak jadi berpengalaman??? Explore.



Comments

Popular posts from this blog

Sakit Belakang Lenguh Badan

Mata Menggoda

B Complex Shaklee