Tidal River - Norman Beach, Wilson Promontory, Victoria, Australia. - Early Autumn

Setelah berseronok dengan mode masih teruja dengan kecantikan Whisky Beach, Kak Azza dan suami terus bergerak menuju destinasi utama. Tidal River. Hmmm...sungai ape yang ade...hehehe kan. Begitu la tanggapan pertama. Pada awalnya, perjalanan biasa- biasa aje...macam jenjalan kat tempat lain.





Sesak...ramai sangat orang. Yang pasti berganda ratusan besar kawasan nie daripada Yanakie Caravan Park. Macam-macam jenis accomodation di sediakan, dari berkhemah secara solo hingga ramai mengikut bajet dari ekonomo hingga ke level mewah. Tapak caravan, dorm, cabin, apartment hingga ke rumah. Semua dalam satu tempat. Ironi nya dalam keadaan yang ramai orang dan sesak tapi masih sistematik dan terkawal.

Kebersihan dan fasiliti memang tip top. Lepas check in ke cabin kami menonton open sky cinema...memang superb. Maaf tak de gambar, battery flat. Such a waste kan. Tapi kak Azza janji. Next visit, pasti semua info akan di sharing together k.

Tapi jangan risau, masih ada gambar-gambar yang menarik. Memang cantik. Banyak sangat aktiviti boleh korang buat kat sini. Kak Azza concentrate yang berkaitan dengan gambar aje k.










Di Tidal River, ia merupakan unjuran muara yang menuju ke Norman Beach. Norman Beach 😱😱😱...tremendously fascinating. Subhanallah. Cukup cantik. Kalau di Whisky Beach kita akan terpana dengan teluk dan pemandangan yang cantik menampakkan laut yang luas...serba serbi.





Tapi Norman Beach...ia seolah teluk yang besar di sebalik batuan bukit yang cantik dan yang paling best...kalau ade anak kecik selamat. Sebab lautnya cetek, dan kecetekannya tu almost 1km. Its massive. Memang best. Ikuti video gurau senda kami sambil merakam keindahan Norman Beach.

       






Hmmm...macam biasa mula la click sana click sini...kena rakam dan simpan semua nie. Gulungan hidup yang menarik. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih mama.

Jom jenjalan lagi..di:

Toora Wind Farm, Hazel Park, Victoria

Crabbing di Lakes Entrace, Victoria




Comments

Popular posts from this blog

Sakit Belakang Lenguh Badan

Mata Menggoda

B Complex Shaklee