Perlukah Anda Ber Make Up?
Make up atau bersolek...terlalu banyak skandal disebalik kewujudannya. Ada yang gemar, tak kurang juga ada yang tidak. Segalanya terserah kepada pendapat anda sebagai penilai dan pembaca.
Konsep asal solekan adalah menutup cela atau menambahbaikkan rupa dan kelihatan seseorang. Terma ini sering diguna pakai dalam bidang penerbitan majalah umumnya dan penerbitan komersial mahupun filem. Ia dijadikan suatu penataan utama dalam mewujudkan watak tertentu bagi menghidupkan iklan, cerita mahupun suasana.
Namun sekarang ia tidak lagi dijadikan suatu isu yang besar. Kerana wujud dua populasi sebenarnya bila kita menyentuh bab solekan. Satu adalah golongan yang berminat, kedua adalah golongan yang tidak berminat.
Luaskan dan bukakan minda anda. Terfikirkah anda dengan solekan ia akan membuka banyak peluang yang baik pada yang mengamalkannya? Ia umpama memberi peluang kedua kepada mereka yang mengalami tanda cela kelahiran, parut jerawat hodoh, menaikkan seri wajah jika betul aplikasinya, memberi daya keyakinan yang tinggi dan merupakan seni kreatif dalam menjana pendapatan.
Lumrah kehidupan, yang kaya disanjung tinggi, yang cantik dipuja dan diminati. Namun kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana ia merupakan kelebihan, minat dan sumber pendapatan mereka.
Bersolek adalah seni. Ada juga yang menyatakan ia suatu skandal penipuan. 😂😂 ini adalah bergantung kepada individu yang terlibat. Tertipu dan tidak mempunyai ilmu dalam perkara ini adalah merupakan suatu kedaifan seseorang yang seharusnya tidak dijadikan sebab mengapa untuk mempersalahkan individu yang lain.
Kejujuran yang terjalin di antara individu di dalam suatu hubungan seharusnya wujud dan menyalahkan sebelah pihak seharusnya tidak terjadi jika anda benar-benar memahami pasangan anda.
Kenal pasti mengapa anda tidak berminat bersolek :
- Tak berminat
- Tak pandai
- Complicated sebab too many things
- Penah bersolek tapi tak pernah menjadi
- Membazir
- Susah nak solat
- Tak ada masa
Setakat bersolek bukanlah mengubah kejadian tuhan, malah kita diwajibkan bersolek untuk menarik perhatian pasangan. Pasangan juga manusia biasa tau, jangan sampai dia mencuri jeling gadis berlensa biru dan bersolek persis model ya!!!
Jaga diri, sayangi diri anda...kasihkan pasangan dan jaga keluarga anda. Berpenampilan menarik dan istimewa bersama pasangan akan membuatkan anda dan pasangan lebih bahagia.
Comments
Post a Comment