Crabbing di Lakes Entrance, Victoria
Setiap Ahad merupakan family ritual bagi kak Azza dan abang. Bukan ape, bosan la kan...cuti dok umah aje. At least mesti beraktiviti. So hari nie akak nak bawak korang join kitaorg virtually crabbing di Lakes Entrance, di Victoria.
Lakes Entrances dari umah akak tak jauh, dalam 1 jam 20minit. Hehehe..bagi kami kat sini, itu tak jauh. Sebabnye memang tempat-tempat di bumi Australia nie jauh-jauh belaka. Luas dan besar. Dan Lakes Entrance adalah antara tarikan utama Gippslands tau. So dekat nie macam-macam la port yang best untuk di jadikan spot crabbing korang macam Bullock Island, Nunguner, Kalimna...depends.
Ketam yang kita nak tangkap tu nama dia Sand Crab. Jangan risau ketam nie diberi nama gitu sebab warna dia macam pasir pantai, nie bukan ketam 2 alam yea. So ape yang korang perlukan before crabbing di Victoria..
- Fishing License
- Crab Net (extension tali jika perlu)
- Bait
- Cable tie
- Gunting
- Kotak simpanan tangkapan
- Any jetty di Lakes Entrance
Jom tengok video tutorial nie untuk belajar cara menyediakan umpan sebelum memulakan ritual crabbing kita. 😍
Masa nak baling crab net tu make sure korang grab dua-dua base sangkar tu (base & mulut sangkar) so ini akan memastikan lontaran korang jauh, but no worries, base dia dari besi & dawai sedikit sebanyak membantu hayunan korang pergi jauh. Bila dah baling, lebih kurang tak lama lepas tu dalam 5 minit, tarik crab net. Cepatkan...😍😍
Tengok video nie untuk hadam cara tarikan crab net...nampak senang, tapi ketam-ketam nie pantas tau…
Wahhhh….kan. Ok, camno plak nak transfer ketam tu. Hehehe...takkan nak balik kut...ade banyak lagi tu...Ada 3 cara mudah untuk korang collect ketam-ketam tu.
- Pegang atas di kedua-dua sisi badan ketam
- Untuk ketam yang berapa aktif boleh pegang dekat arm before claw dia tu kan.
- Guna thong/penyepit bagi yang tak berape confident. Kalau tak ada thong transfer direct aje la ke kotak/baldi
Haaa...meh tengok setakat nie banyak mane hasil tangkapan kitaorang. 😂😂 abang yang hands on semuanye...Sejuk sangat...kak azza turun kejap-kejap jea. Abang kan penangkap ketam tegar, tak nak kehadiran akak menganggu gugat prestasi abang 😅😉.
Nie pulak kawan seangkatan kita orang masa sessi crabbing hari nie. Hanee and Georgy. Diaorang dari etnik Lebanese yang menetap di Australia. Diaorang pun suka tau makan ketam, dari Melbourne bercuti seminggu enjoying crabbing and fishing session kat situ. Sempat la Kak Azza dan Hanee berkongsi resepi masing-masing untuk hidangan balik nanti.

Seronok bila berjumpa orang-orang yang baik dan positif. Kekalkan kesihatan untuk beraktiviti dalam hidup anda. Kerana setiap detik adalah memorable dan sangat berhargai. Jangan lupa record every moment dalam gulungan hidup, sebab masa tak boleh mengundur tapi video boleh play dan replay berkali-kali. Enjoy ok.
Jumpa di entry seterusnye yea.
Baca :
Comments
Post a Comment