Whisky Beach - Wilson Promontory, Victoria, Australia.- Early Autumn

Penat berjimba di Yanakie Caravan Park, kami meneruskan perjalanan. Hari kan masih panjang...bukan tak ada hala tujuan, ade aje. Tapi ini lah cara exploring kak Azza.
Kami menuju terus ke Wilson Promontory, kira-kira 30km daripada Yanakie Caravan Park. Gamble aje. Minyak full tank, sesat pun dalam Victoria juga 😂😂😂.

Setelah perjalanan lebih kurang 10minit, ada pondok Rangers merentangi jalan...wahhh this is different. Dulu penah masuk kawasan macam nie...semasa nak pergi ke Mount Buller. National Park kan...mesti la ada. Semua kereta teberhenti...kena bayar tol ke? Panjang narrr nie.

Sampai giliran kak Azza, Ranger yang ramah memberikan peta dan memberi peringatan sekiranya nak keluar or masuk ke National Park seharusnya sebelum 3petang ke atas. Kenapa? National Park biasanya terlalu banyak haiwan liar melintas atau jalan di atas atau di berhampiran dengan jalan raya. Di khuatiri berlaku kemalangan. Tak ada tol.




Perjalanan yang agak jauh...pemandangan berbukit, jalan cantik tapi tak luas...bila berbukit ade la sikit sangat bengkang bengkok tapi percaya la...masih ok sangat. Tiba-tiba….

Gilerrr...macam mana nak concentrate memandu nihhh??? Cantiknya, masya Allah. Itu namanya Whisky Bay, dan pantainya adalah Whisky Beach. Permandangan yang sangat menarik.



         
Fasiliti tip top, tracking yang sangat natural dan selamat. Wujudnya fasiliti yang disediakan menambahbaik yang amat sangat. Memudahkan kami yang datang ke sini.











Ok...video nie bukan iklan. Kak Azza sakit lutut kronik dulu...melepap x leh bergerak. Bosan. Syukur alhamdulillah. Kak Azza memang sentiasa bawa stacker Shaklee dan botol-botol ubat. Wajib. Abang...biasa la...kan 😂😂😂. Kan dah tumpas!!!

      





Sejuk….berangin sekarang. Tergoda dengan air pantai yang jernih. Kami mandi juga. Dalam laut, tak sejuk...suam!!!! Mandi sampai lebam.





Cantikkan...Enjoy the view...the video. Sharing is caring. Jemput mai beramai-ramai. Citer dah citer...siap lokasi lagi bagi 😉👍.







Comments

Popular posts from this blog

Sakit Belakang Lenguh Badan

Mata Menggoda

B Complex Shaklee