Perbezaan Barangan Penjagaan Muka dan Barangan Untuk Bersolek

Penjagaan Kulit Muka dan Bersolek adalah dua perkara penting yang berbeza.

Penjagaan Muka adalah regime penjagaan kulit muka bermula dengan proses :

  1. Cucian Muka dari solekan
  2. Cucian muka harian
  3. Scrub muka
  4. Mask muka
  5. Toner muka selepas cucian
  6. Esen rawatan muka
  7. Serum rawatan
  8. Serum rawatan tompokan
  9. Pelembap
  10. Krim Pelindungan Matahari
  11. Krim Kecantikan
  12. Krim Malam


Gambar adalah hiasan


Manakala regime solekan pula bermula dengan:
  1. Primer
  2. Foundation
  3. Concealer
  4. Bedak tabur/Loose Powder
  5. Blusher
  6. Bronzer
  7. Highlighter
  8. Eyeshadow
  9. Eyeliner
  10. Pensil kening/Pomade
  11. Maskara
  12. Lipstick & pelembab
  13. Falsies & Gam
  14. Kanta Lekap
  15. Semburan pelembab

Gambar hiasan



Regime penjagaan kulit muka adalah rangkaian produk yang digunaka  dalam menyelesaikan ataupun merupakan rawatan kepada kulit muka. Ia merupakan suatu proses pemulihan dan pemeliharaan untuk mendapatka kanvas yang cantik sebelum solekan.

Sistem rangkaian penjagaan kulit muka umumnya adalah kegunaan siang dan malam untuk penggunanya. Penggunaannya seharusnya diiringi dengan amalan kebersihan bagi pengekalan keputusan yang berpanjangan bagi mengelakkan berlakunya permasalahan yang sama berulang berkali-kali.

Contoh permasalahan dan rawatan yang berkaitan dengan rangkaian penjagaan kulit muka adalah seperti :

  1. Rawatan Kulit Berjerawat
  2. Rawatan Kulit Berpigmentasi
  3. Rawatan Kulit yang Terdedah dengan Cahaya Matahari

Rawatan-rawatan yang di khususkan adalah bersifat sementara kerana kondisi kulit akan berubah daripada suatu keadaan bermasalah kepada keadaan pulih seperti sediakala.

Secara umumnya kulit muka terbahagi kepada 5 jenis kulit yang utama iaitu :


  • Kulit Normal
  • Kulit Kering
  • Kulit Berminyak
  • Kulit Kombinasi
  • Kulit Sensitif

Kulit Normal
Kulit tidak menghadapi sebarang permasalahan yang nyata. Kewujudan jerawat berkala akibat kedatangan haid adalah normal. Keadaan kulit selepas dicuci nyata sekali bersih hingga ke cucian seterusnya samada di petang hari mahupun lewat petang.

Kulit Kering
Kulit kering nyata dapat di lihat kemunculan kedutan halus yang bersisik di bahagian muka. Kulit kelihatan mudah kusam. Kulit makin menampakkan kering apabila berada lama dalam keadaan berhawa dingin.
Ada ketika kulit dirasakan pedih apabila terlalu lama berada dalam keadaan panas mahupun sejuk.

Kulit berminyak
Biasanya individu yang mempunyai kulit berminyak mengalami pori-pori muka yang besar, berjerawat, dan rambut juga kelihatan berminyak.
Kulit mereka biasanya hanya akan bertahan segar hanya selama 1 jam selepas pencucian. Selepas 1 jam penampakan kilatan dan lekitan minyak di bahagian-bahagian tertentu seperti di hidung, dahi, pipi kiri dan kanan.

Kulit Kombinasi
Kulit kombinasi biasanya terdiri daripada mereka yang berusia 24 tahun ke atas apabila kulit muka normal mula terbiasa terdedah dengan penggunaan penjagaan kulit muka yang mungkin tidak sesuai atau perubahan hormon berlaku.
Terdapat dua zon utama dipermukaan muka. Zon T yang terjadi di dahi dan batang hidung yang lebih berminyak. Dan zon U yang lebih bersifat kering. Berlaku di daerah kedua-dua pipu dan dagu.
Di kawasan yang berminyak iaitu zon T, muka akan kelihatan pori terbuka besar dan kemunculan jerawat mungkin besar ataupun berpasir.
Manakala di kawasan U, kulit muka akan kelihatañ kering dan bersisik.

Kulit Sensitif
Terbahagi kepada dua jenis kulit sensitif. Pertama sensitif terhadap alahan dan kedua sensitif akibat penggunaan regime penjagaan yang tidak sesuai.
Kulit sensitif terhadap alahan adalah seperti kulit yang tidak sesuai menggunakan bahan yang mengandungi pewangi, paraben mahupun sebarang pewarna.
Manakala kulit sensitif akibat salah pemilihan regime penjagaan adalah seperti kulit muka yang terdedah kepada penggunaan hidroquinone dan merkuri yang berlebihan. Ia akan lebih mudah bereaksi dengan cahaya matahari, mahupun timbul ruam halus mahupun pigmentasi yang melampau akibat terlalu banyak pengambilan mahupun diberhenti penggunaannya.

Regime solekan kebanyakkannya adalah untuk menutup sebarang cela yang terdapat di atas permukaan kulit. Regime solekan juga sering digunakan bagi menambahbaik rupa bentuk atau mewujudkan efek 3D pada bahagian wajah tertentu. Di sini terdapat banyak kemahiran yang digunakan untuk menimbulkan efek tersebut.

Sebagai langkah pertama sebelum memulakan solekan, anda seharusnya mengenal pasti jenis dan keadaan kulit anda di dalam kumpulan yang mana. Berpegang pada asas solekan, untuk menutup cela dan memperbaiki kondisi kulit.

Jika regime penjagaan kulit banyak menggunakan bahan dari bahan semulajadi dan banyak memainkan warna-warna lembut berbeza dengan regime solekan.

Permainan warna banyak digunakan bagi menutup cela dan menghasilkan kesan-kesan khas. Tona rona warna banyak digunakan bagi menimbulkan kesan dan tarikan. Ia bergantung kepada tema sesuatu yang saling berkait.

Namun begitu kesan dari teknologi dan kesedaran pengguna banyak syarikat dan jenama kosmetik kini telah mewujudkan rangkaian produk solekan berserampang mata tiga.

Tidak hairan kini jika foundation atau bedak asas kini ada yang menggunakan minyak argan sebagai bahan asas untuk menarik perhatian pengguna yang mementingkan kesempurnaan.

Peringatan untuk semua lapisan pengguna, baca label bahan yang digunakan dalam penghasilan. Buat sedikit kajian terhadap barangan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli.

Tidak salah jika anda membuat review penggunaan produk tersebut di mana-mana channel di internet seperti di youtube mahupun di google. Setidak-tidaknya anda tahu nilai wang anda sebelum anda membelinya. Bijak berbelanja untuk reward diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Sakit Belakang Lenguh Badan

Mata Menggoda

B Complex Shaklee