Mata Menggoda
Assalamualaikum dan salam mesra buat rakan pembaca semua.
Mata suatu ciptaan dan anugerah yang teragung kerana melalui mata kita menikmati dan mengenali dunia. Dan ramai yang setuju kan, dengan quote dari mata turun ke hati.
Mata terletak lebih kurang 1 inci kedalaman. Penuh dan padat dengan lemak dan dikelilingi oleh tulang dan tengkorak untuk melindunginya. Mata terdiri daripada beberapa komponen penting seperti kornea, pupil, kanta, iris dan sclera. Semua komponen ini bekerjasama untuk memerangkap gambaran imej, imbas dan memindah terus informasi secara terus ke otak occipital lobe melalui saraf mata.
Katarak adalah di mana suatu keadaan di mana kanta mata yang berwarna jernih menjadi kabur.
Seorang pengidap katarak akan mengalami beberapa gejala seperti pandangan kabur, sukar untuk membaca, kerap menukar perscription bacaan power mata yng lebih cenderungan kepada penambahan. Pandangan akan menjadi ‘double vision’. Apabila dalam keadaan ini pengidap katarak akan mengalami kepayahan untuk melihat dalam keadaan terang. Anak mata penghidap juga akan nyata kelihatan berwarna putih.
Pada keadaan ini biasanya pengidap akan bereaksi untuk menukar kadar power cermin mata. Namun begitu ini adalah bersifat sementara. Pada suatu jangka masa panjang, pada kondisi yang sebegini, risiko glukoma dan radang semakin kuat. Radang mata ini akan menyebabkan pesakit menjadi buta.
Bagaimana terbentuknya katarak? Katarak terjadi ketika protein tertentu dalam kanta membentuk gumpulan abnormal. Gumpulan ini secara bertahap membesar dan akan menganggu penglihatan dengan menghalangi kemasukan cahaya yang secukupnya menerusi kanta. Perubahan warna kanta dari berwarnah jernih kepada warna kuning keruh juga akan terjadi. Proses nyahfungsi ini menyebabkan kualiti penglihataan menurun dan menyebabkan buta.
Faktor menyebabkan katarak bukan lah kerana usia semata. Terdapat juga pengidap katarak dari golongan muda. Penyakit seperti darah tinggi dan diabetes juga merupakan trigger kepada katarak. Mata yang terdedah dengan cara sinaran ultra violet juga merupakan punca katarak. Selain daripada itu kekurangan nutrisi, faktor keturunan dan trauma kecederaan mata dan pengambilan ubatan steroid. Begitu juga pendedahan terhadap radikal bebas boleh menyebabkab kerosakan sel atau sel teroksidan.
Subcapsular - terjadi di bahagian belakang kanta, Penghidap subcapsular biasanya adalah penghidap diabetes. Risiko bertambah apabila mereka mengambil ubatan steroid.
Nuclear - Terjadi pembentukan di bahagian tengah (nukleus) kanta. Penghidap biasanya dari golongan warga tua. Ini adala kerana faktor utamanya adalah kesan pengerasan ke atas kanta mata dan perubahan warna yang terjadi kesan jangka hayat tempoh sesuatu kanta.
Cortical - kelihatan seperti spektrum bersegi berlian berwarna putih atau kelihatan berkilat di dalam anak mata yang menyamarkan pandangan mata.
Walaubagaimanapun, sekiranya individu mula menyedari kewujudan simptom awal katarak terjadi, perlu lah individu terbabit mengamalkan carahidup sihat bagi menghalang katarak menjadi matang bagi mengelakkan sebarang pembedahan. Ketahui beberapa langkah pencegahan dan tips untuk anda yang sedang atau belum dan ingin mengelakkan diri daripada katarak. Cegah sebelum parah dan anda masih tidak terlewat untuk sihat semula.
Kenali saya dengan lebih rapat...klik di mana-mana media sosial dan jom kita berkawan!!!
Kenali saya dengan lebih rapat...klik di mana-mana media sosial dan jom kita berkawan!!!
Very informative...👍👍👍👍👍👏👏
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi luangkan masa membaca entri saya. semoga mendapat faedah darinya.
Deleteterima kasih kerana sudi luangkan masa membaca entri saya. semoga mendapat faedah darinya.
Deleteterima kasih cikgu Mariana kerana sydi membaca entri nie. semoga peroleh manfaat darinya 😉
ReplyDeleteterima kasih cikgu Mariana kerana sydi membaca entri nie. semoga peroleh manfaat darinya 😉
ReplyDeleteinfo yang menarik
ReplyDeleteterima kasih Nor Ruzanna Hanee...semoga dapat kebaikan dr entri tersebut 😉👍
Delete