Penyusuan Bayi Secara Ekslusif



Setiap ibu mendambakan peluang menyusukan anak secara ekslusif, dari bayi hingga la berusia 2 tahun.


Banyak kelebihan susu ibu jika di bandingkan dengan susu formula. Antaranya adalah :


❤ Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak
❤ Mengandungi kadar antibodi semulajadi yang tinggi
❤ Mengurangkan sakit bengkak susu
❤ Mudah kurus untuk ibu
❤ Selamat, mudah dan jimat

Namun bukan mudah untuk memberi penyusuan secara ekslusif terutama pada ibu-ibu yang baru bermula. Beberapa info di bawah dapat memberi membantu anda

1. Stabilkan emosi.

Berfikiran positif tentang niat anda menyusukan  anak, biar hati jadi ikhlas. Tahu tak...bila kita gembira atau ketawa lebih banyak susu akan keluar. So menyusu baby sambil menonton cerita komedi kegemaran anda.




Dapatkan krim areola yang sesuai bagi mengelakkan mengelakkan puting kering dan
luka.





2. Jangan bazirkan susu, simpan sejuk beku dan label.

Dapatkan bekas, botol dan plastik yang sesuai untuk penyimpanan susu yang telah diperah. Labelkan mengikut tarikh dan masa.



*gambar sekadar hiasan, hanya contoh cara penglabelan yang sesuai


Keluarkan susu beku awal dari sesi dan biar dalam keadaan suhu bilik, rendam bekas susu di dalam air panas untuk memanaskan susu. Jangan didihkan kerana ia akan memusnahkan nutrien penting dalam susu badan.


* gambar adalah hiasan sebagai contoh cara untuk memanaskan susu

Susu boleh bertahan sehingga 3bulan jika disimpan di peti sejuk beku.



Susu yang dipam di tempat kerja, bolehla di masukkan ke dalam peti ais beku di pantri atau beli sahaja beg sejuk beku bersama ais kering kerana ia lebih praktikal.




3. Pegang konsep kosongkan dan penuh semula.

Kerapkan penyusuan direct, mulakan seawal selepas bayi dilahirkan kerana di saat ini susu sudah mula terkumpul.

Bayi yang kecil tidak dapat minum dalam keadaan yang banyak. Ini kerana perut mereka masih kecil. Kerapkan proses menyusu kepada 2jam sekali.




Bayi tidur 9jam sehari, kejutkan bayi rangsangkan keinginan bayi untuk minum dengan cari mengosok lembut tepi pipi dengan jari telunjuk, boleh juga meletak jari di tepi bibir. Susu kan bayi mengikut jadual jam. Lebihan boleh la diperah atau dipam. Pam sehingga kosong, jangan risau kelenjar susu akan terangsang bila keadaan kosong dikenalpasti.

Kekerapan mengosongkan susu akan mengajar atau mengaktifkan kelenjar susu. Kosongkan dan perah sekerapnya bagi mendapat bekalan secukupnya.



4. Menggunakan alat bantu mengepam dan mengumpul susu

Ibu selepas bersalin akan mengalami lemah badan, permudahkan proses penyusuan dengan menggunakan alat bantua pengepaman seperti pam susu berbateri. Lebih praktikal.







Dapatkan alat kumpul susu untuk berasa selesa dan elakkan pembaziran susu

7.  Susun jadual harian anda.
Anda perlu menyusun jadual harian dan jadual mengepam susu anda. Setelah anda memahami sistem kosong dan penuh susu anda sendiri ia akan memudahkan anda mempunyai target kualiti susu yang anda inginkan.


5.Makan makanan yang merangsang kelenjar susu

Minum air yang banyak.
Air Soya, teh halba+jintan putih, jus buah-buahan dan ulaman seperti pegaga, alfalfa dan jantung pisang.

Makan
Sayuran hijau seperti bayam, kale, sawi ; nasi ; bijirin seperti oats, sayuran rangsang susu seperti lobak putih

Supplemen

Shaklee menawarkan pelbagai pilihan bajet untuk memeriahkan sesi penyusuan anda.

Alfalfa - Milk booster yang terbaik dan natural, susu terhasil pekat dan berkhasiat. Membantu mengurangkan keputihan dan mengecutkan rahim selepas bersalin.

B Complex - melengkapkan keperluan asid folic untuk proses pembesaran bayi, amat penting untuk mengelakkan terjadinya bifida, mengatasi stress, memberi tenaga.

OmegaGuard - membantu pembesaran bayi dan pembentukan otak bayi.

Ostematrix - mengatasi kepenatan, lenguh badan dan kekejangan kaki. Ia juga penting untuk melengkapi keperluan kalsium lengkap dengan magnesium dan Vitamin D kepada ibu dan kandungan

Vitalea - Melengkapkan keperluan nutrien dan menambah tenaga kepada ibu menyusu

Vitamin C - Menguatkan sistem imun, antioksida dan mengeringkan luka dengan cepat, memberi seri kepada ibu menyusu.

ESP - Menambahkan tenaga, membekalkan keperluan protein ibu dan bayi untuk pembinaan sel dalam proses pembesaran dan memekatkan susu.




Teruskan membaca Meriahkan Susu Badan Anda

Memberi yang terbaik kepada cahaya mata adalah impian kita. Membuat pilihan yang terbaik juga berada di tangan kita.

Keliru dengan pilihan? Hubungi kak Azza.


Shaklee Independent Distribution Azza Mohd









Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mata Menggoda

Sakit Belakang Lenguh Badan

Ostematrix - Kalsium dan Mineral